TERJEMAHAN AL-QURAN
NUR AIN BINTI MOHAMMAD A166596 Terjemahan Al-Quran bermula ketika agama Islam mula tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Ini berlaku ekoran daripada kepelbagaian bangsa di kalangan umat Islam di dunia ini. Apabila Islam tersebar dengan meluas, maka keperluan menterjemahkan AlQuran ke dalam bahasa-bahasa lain menjadi satu kepentingan. Ulama‟ulama berusaha memikul tanggungjawab ini bagi menyebarkan ajaran Islam. Tambahan pula, Al-Quran merupakan panduan umat Islam yang wajib diikuti oleh penganutnya. Jadi, kefahaman yang betul tentang isi kandungan Al-Quran perlu diutamakan. Sehubungan dengan itu, penterjemahan Al-Quran dijalankan bagi memenuhi tuntutan tersebut. Proses penterjemahan Al-Quran bukan sesuatu perkara yang mudah dilakukan. Proses ini memerlukan usaha yang gigih daripada para ulama‟ dan memakan masa yang agak lama. Ini kerana Al-Quran diturunkan dengan bahasa yang cukup indah dan unik dan tiada sesiapa yang dapat menandingi bahasa Al-Quran. Ada beberapa kaedah...