KONSEP KEPADANAN (EQUIVALENCE) DALAM PENTERJEMAHAN

UMI KALSUM BINTI SALLEH A166671

Assalamualaikum.

   Dalam menterjemah sesuatu ayat, konsep utama yang perlu ditekankan adalah equivalence. Equivalence bermaksud kepadanan. Kepadanan itu dari segi pemilihan kata, frasa atau elemen bahasa lain yang dapat membawakan maksud yang sama atau hampir sama dengan maksud yang terkandung dalam teks sumber. Penterjemah perlu pandai memilih perkataan yang menyampaikan maksud yang sama dan paling hampir, supaya maksud sebenar teks difahami. Padanan itu perlu mencukupi dan memadai. Ini bermaksud tidak semestinya padanan itu memerlukan gabungan perkataan yang panjang. Padanan yang mencukupi dan memadai itu penting. Kerana pada pendapat saya sekiranya ayat terjemahan terlalu panjang berjela dibimbangi akan menimbulkan kekeliruan pada pembaca sekaligus lari dari makna asal. Apa yang ditekankan adalah supaya ia mampu membawakan makna teks sumber dengan sebaik dan sehampir mungkin dalam bahasa sasaran. Kesamaan dari segi maksud ini menjadi asas yang paling utama bagi seseorang memahami maksud dan mesej tersurat bahkan tersirat dalam terjemahan. 

Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN