TRANSLITERASI
UMI KALSUM BINTI SALLEH A166671
Assalamualaikum.
Contoh 1: شيخ : shaykh
Contoh 2: علماء: ulama
Assalamualaikum.
Perkongsian kali ini adalah mengenai transliterasi. Seperti yang kita jelas ketahui, terjemahan itu adalah maksud sesebuah perkataan, ayat, atau frasa dalam bahasa lain. Transliterasi pula tidak menterjemah sesuatu perkataan itu, tetapi ia membantu memudahkan kita menyebut sesebuah perkataan itu dengan betul. Transliterasi menukar satu perkataan atau bahasa kepada perkataan lain yang mempunyai bunyi yang hampir dengannya.
Contoh 1: شيخ : shaykh
-apabila disebut dalam Bahasa Melayu, ditukarkan setiap huruf Arab mengikut huruf yang bunyi serupa dalam Bahasa Melayu.
-perkataan ulama sudah dimasukkan dalam Bahasa Melayu, yang mana merujuk kepada alim ulama. Ejaan rasminya adalah ulama tetapi sebutannya mengikut makhraj Arab iaitu ulama'.
Jadi, transliterasi merujuk kepada perkataan dari bahasa sumber yang dieja dalam bahasa sasaran, tetapi mengikut bunyi perkataan yang asal. Transliterasi ini boleh dilihat didalam artikel, berita, surat khabar, jurnal dan lain-lain. Ianya sangat penting terutama sekali apabila melakukan kajian ilmiah.
Comments
Post a Comment