MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA

UMI KALSUM BINTI SALLEH (A166671)

Assalamualaikum.
Tajuk pada kali adalah mengenai cara menterjemah frasa dan peribahasa. Frasa atau dalam Bahasa Arab dikenali sebagai tarkib yang bermaksud satu susunan yang mempunyai sekurang-kurangnya dua perkataan. Terdapat banyak kaedah yang digunakan dalam menterjemah frasa dan peribahasa. Ini bergantung kepada jenis frasa itu sendiri. Contoh frasa adalah اللغة العربية bermaksud Bahasa Arab dan  مراجعة النفس  bermaksud muhasabah diri. Contoh-contoh ini mudah difahami dan dapat diterjemah secara literal sahaja. Contoh lain adalah, عدل كامل شامل jika diterjemah akan bermaksud keadilan yang sempurna menyeluruh. Ianya agak janggal apabila didengar. Maka ditambah padanya menjadikannya keadilan yang sempurna dan/lagi menyeluruh. Terdapat banyak lagi contoh lain pada frasa dan boleh dikuasai dengan mengenali jenis-jenisnya. Bagi peribahasa pula, terdapat makna yang khusus bagi keseluruhan ayatnya. Jika diterjemahan secara literal maka tidak akan sampai maksudnya yang sebenar. Cara menterjemahnya adalah dengan menggunakan peribahasa dalam bahasa sasaran yang mempunyai maksud yang paling hampir. Namun, ada juga sesetengah perkataan yang boleh diterjemah secara literal kerana wujud oerkataan dan maksud yang sama dalam bahasa sasaran. Contohnya, ماء الوجه yang bermaksud air muka dalam Bahasa Melayu. Kaedah ini dinamakan kaedah pinjam terjemah. Seorang penterjemah perlu bijak memilih perkataan yang betul supaya tidak kedengaran kekok atau janggal apabila dibaca terjemahannya. Langkah yang paling tepat adalah dengan bertanya terus kepada penutur bahasa asal, dan semestinya penggunaan kamus yang pelbagai. 

Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN