KAEDAH TERJEMAHAN MENURUT SARJANA ROBERT LADO (1961: 33)
Asmahani binti ishak | A164329
Assalamualaikum...
Pada perkongsiaan kalian ini, saya akan menerangkan tentang kaedah terjemahan menurut sarjana robert lado. Pada pendapat beliau, terjemahan ini dilakukan melalui dua cara iaitu kaedah faktual dan kaedah sastera.
Bagi kaedah faktual, ia merupakan satu terjemahan yang memindahkan maklumat yang berbentuk fakta. Sebagai contoh, terjemahan buku, surat khabar, iklan dan sebagainya. Oleh hal demikian, terjemahan melalui kaedah fakta ini mestilah dilakukan secara ringkas dan sederhana. Penterjemah juga mestilah menterjemah secara jelas dan nyata serta tidak mengelirukan para pembaca.
Seterusnya ialah kaedah sastera. Bagi keadah ini, ia dilakukan untuk kepentingan kesenian dan kesusasteraan dalam erti kata untuk hiburan. Sebagai contoh, terjemahan prosa, puisi, opera, drama dan sebagainya. Terjemahan dengan kaedah sastera ini mestilah setia dengan isi teks asalnya seperti bentuk pengungkapannya dan kesan yang ditimbulkan oleh teks tersebut. Selain itu, penterjemah juga boleh merasai makna nuansa ( makna perkataan ) dan getar yang terkandung dalam teks asal. Terjemahan kaedah ini hanya lebih mementingkan keindahan bahasa dan ketajaman pemaknaan sumber bahasa.
Kesimpulannya, seorang penterjemah yang menggunakan kaedah faktual ataupun kaedah sastera perlulah peka kepada teks yang diberikan untuk diterjemah.

Comments
Post a Comment