JENIS TERJEMAHAN
Asmahani binti Ishak ( A164329)
Assalamualaikum..
Jadi, pada perkongsian kali ini, saya akan kongsikan tentang jenis-jenis terjemahan serta kaedah terjemahan yang berkaitan dengannya.
Secara umumnya, terdapat dua jenis terjemahan iaitu:
1) Terjemahan Tulisan
2) Terjemahan Lisan
Mari kita lihat apakah ciri-ciri yang ada pada kedua-dua terjemahan tersebut?
Terjemahan Tulisan
Terjemahan yang dilakukan ini mestilah dilakukan secara bertulis. Namun begitu, kefasihan berbicara tidaklah menjadi syarat mutlak bagi terjemahan tulisan ini dan penterjemah diberi peluang untuk membaiki kesilapan terjemahan yang dilakukan.
Terjemahan Lisan
Terjemahan jenis lisan ini mestilah dilakukan secara lisan dan dilakukan secara langsung dengan cepat dan tepat. Tambahan pula, penterjemah itu mestilah mempunyai kefasihan berbicara dengan lancar dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran. Ciri seterusnya ialah, penterjemah tidak dibenarkan berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah atau tidak tepat pada pada padanan terjemahannya. Selain itu, penterjemah mestilah seorang yang berpengetahuan luas serta mampu menterjemah apa sahaja yang diujarkan.

Comments
Post a Comment