TERJEMAHAN BEBAS

UMI KALSUM BINTI SALLEH A166671

Assalamualaikum.

Pada umumnya terdapat tiga kaedah terjemahan iaitu kata demi kata, harfiah, dan bebas. Jadi, kali ini saya akan fokuskan kepada kaedah terjemahan bebas.
     Terjemahan bebas tidak terikat dengan bentuk teks yang asal. Terjemahan bentuk ini lebih mementingkan makna dan isi teks asal daripada bentuk dan struktur teks sumber. Terjemahan bebas ini memerlukan kepakaran yang tinggi dan hanya perterjemah yang mahir sahaja mampu untuk melaksanakannya. Hasilnya akan menyerlahkan nilai dan pengalaman penulis tersebut dalam bidang penulisan. Malah, ia juga akan menampilkan pengalaman penterjemah itu sendiri dalam bidang terjemahan. Di sini, proses menterjemah tersebut akan benar-benar menguji keupayaan, kemampuan, dan kreativiti penterjemah dalam mengolah dan menyampaikan maksud teks dengan sebaik mungkin. Keupayaan yang tinggi diperlukan bagi menghasilkan karya terjemahan yang menarik dan senang dibaca.

Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN