KAEDAH TERJEMAHAN MENURUT SARJANA ROMAN JACOBSON ( 1964: 3)

Asmahani binti Ishak | A164329

Perkongsian ini adalah sambungan daripada perkongsiaan yang lepas di mana ia adalah berkaitan dengan kaedah terjemahan menurut sarjana-sarjana yang boleh kita gunakan dalam terjemahan kita.

Menurut sarjana Roman Jacobson, terjemahan boleh dilakukan melalui 3 kaedah, iaitu terjemahan intralingual, interlingual dan intersemiotik.

Bagi terjemahan intralingual, penterjemahan ini berkenaan dengan satu bahasa tertentu sahaja yakni penterjemahan pelbagai bahasa yang terdapat dalam bahasa itu.

Sebagai contoh:-

1) Dialek ke dialek yang lain.
: Loghat negeri Kelantan ke Negeri Sembilan.

2) Dialek ke bahasa baku atau sebaliknya.
: Loghat negeri Kedah ke dalam bahasa baku.

3) Bahasa kasar ke bahasa halus.
: Mati → Meninggal

Seterusnya, terjemahan interlingual. Terjemahan ini dilakukan daripada satu bahasa kepada bahasa lain dan berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya.

Sebagai contoh:-

: Terjemahan daripada bahasa Melayu ke bahasa Arab.

Yang terakhir ialah terjemahan intersemiotik. Kaedah terjemahan intersemiotik ini daripada bentuk simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya.

Sebagai contoh:-

: Bahasa isyarat diterjemahkan ke bentuk bahasa tulisan atau tulisan.

Menurut contoh-contoh yang diberikan, pembaca bolehlah mencuba untuk menggunakan terjemahan dengan kaedah- kaedah terjemahan ini.


Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN