MENTERJEMAH KATA KERJA BERIMBUHAN
UMI KALSUM BINTI SALLEH (A166671)
Assalamualaikum.
Pada perkongsian kali ini adalah berkenaan menterjemah kata kerja berimbuhan.
Imbuhan itu adalah kata yang ditambah atau diubah pada kata kerja dasar untuk membentuk perkataan lain. Setiap kata kerja berimbuhan itu mendatangkan maksudnya tersendiri. Terdapat banyak bentuk kata imbuhan bahasa Arab. Setiap bentuk itu pula mempunyai maksud yang berbeza. Seorang penterjemah perlu betul-betul menguasai nahu dan soraf untuk mengenali bentuk-bentuk kata kerja berimbuhan ini. ini kerana perkataan Arab itu begitu kaya dan meluas. Perbezaan satu perkataan sahaja sudah mencipta perkataan lain dengan maksud yang berbeza. Misalnya perkataan قتله bermaksud Dia membunuhnya namun dengan menambah satu perkataan sahaja iaitu huruf Alif padanya menjadikannya قاتله , maksudnya berubah menjadi Dia cuba membunuhnya atau Dia berkelahi dengannya. Begitu juga perkataan-perkataan lain yang akan berubah maksud walau dengan sedikit perubahan baris, kedudukan huruf, penambahan dan pengurangan huruf dan sebagainya. Kebanyakan perkataan telah ditentukan melalui wazan atau acuan tertentu, kecuali beberapa perkataan yang terkecuali. Dalam Bahasa Arab, setiap sesuatu mempunyai perkataan khususnya baginya. Jadi, wajib bagi seorang penterjemah itu untuk mengenali dan mendalami bentuk-bentuk imbuhan Arab dan wazannya supaya dapat menyampaikan penterjemahan yang lebih tepat dan paling hampir dengan teks asal.
Comments
Post a Comment