PENGUASAAN PELBAGAI BAHASA

UMI KALSUM BINTI SALLEH A166671

Assalamualaikum.

     Dalam penterjemahan, terdapat satu tanggapan yang salah, iaitu dengan hanya menguasai dua bahasa, seseorang itu sudah boleh menjadi seorang penterjemah yang baik. Pandangan ini dilihat sebagai berfikiran sempit. Kerana pakar-pakar terjemahan di luar sana mengambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji cara-cara untuk menterjemah dengan betul. Proses menterjemah bukanlah sesuatu yang mudah. Bahasa itu begitu luas. Kadang-kadang, sestengah perkataan itu jika diterjemah secara literal, akan kedengaran kekok atau mungkin sahaja perkataan atau ekspresi yang ingin disampaikan itu tidak wujud atau tidak sesuai dalam bahasa sasaran. Inilah gunanya menguasai pelbagai bahasa. Kerana kebanyakan ekspresi itu dipengaruhi faktor kebudayaan sesetengah tempat. Mungkin apabila dialih dahulu kepada bahasa yang lain, maksudnya akan kedengaran lebih natural. Menjadi suatu kewajipan bagi penterjemah itu terlebih dahulu mendalami maksud sesebuah ayat. Kemudian, barulah boleh difikirkan cara yang terbaik untuk melakukan terjemahan tersebut tanpa mengabaikan makna sebenar yang ingin disampaikan penulis. 

Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN