LARAS BAHASA
Laras Bahasa
Nama Pelajar : Muhammad Iman Bin Mohd Zaini
Nombor Matrik : A166588
Assalamualaikum W.B.T ,hari ini saya akan kongsikan sedikit
banyak tajuk seterusnya iaitu
"Laras Bahasa" Seperti kita tahu yang mana bahasa adalah lambang
pertuturan yang tidak berasaskan pertimbangan/ pemikiran yang tertentu atau
yang teliti mengikut kehendak hati .Bahasa juga merupakan cara kita
berkomunikasi antara satu sama lain dengan memahami apa yang dikatakan .Bahasa
ini juga menyatakan perasaan apa yang seseorang itu rasa ,samada takut ,gembira
dll ,melahirkan apa yang mereka inginkan seperti rumah ,motor dan makan .Didalam
ragam bahasa terdapat ragam dan variasi. Selalunya ragam bahasa timbul atas sebabnya
penggunaan yang berbagai.
Laras bahasa mempunyai banyak makna yang mana terdapat
beberapa tokoh telah memberi maksud . Antara tokohnya ialah
1) Nik Safiah karim 2) Asma Haji Omar 3)Ainon Mahmod 4) Ure
dan allis 5) halliday
Secara ringkasnya, laras bahasa bermaksud gaya dan
penggunaan sesuatu bahasa
Ciri-ciri laras bahasa ada 2 iaitu
1)Ciri-ciri keperihalan
iaitu : situasi luaran
: situasi persekitaran
ciri2 ini merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara
hidup yang menentukan tindak tanduk anggota masyarakat.
2)Ciri-ciri linguistik , ada 4 aspek iaitu
i)bunyi : nada suara melalui drama dan ucapan
ii)perkataan
iii)ayat : bagaimana kita hendak menyusun ayat yang betul
,tersusun dari segi ayat itu panjang pendeknya
Laras bahasa terbahagi kepada 11 jenis laras ,iaitu :
1) Bahasa Biasa :
terbahagi kepada 2 iaitu
formal : Muhammad,aku nikahkan dikau dengan insyirah binti
hisham dengan mas kahwinnya rm 1000 tunai
tidak formal : Ikan sendiri bela, sendiri tangkap ,sendiri
jual ,apa fasal banyak mahal ??
2) Bahasa Perniagaan
3) Bahasa Sains : Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat
formal dan menidakkan bahasa basahan. Ada istilah pinjaman .Contoh ayat
:Apabila akson berada dalam keadaan rehat kepekatan ion pada tiap-tiap sisi
selaput itu amatlahberbeza,iaitu selaput itu terkutub
4) Bahasa Rencana
5) Bahasa Media Massa :
melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah
diterima pendengar dan pembaca. Contoh ayat : Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia
2009
6) Bahasa Undang-Undang : berkaitan dengan perundangan
.Istilah undang-undang yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris .Menggunakan ayat
panjang . Contoh Ayat :Defenden
membantah pada awal prosiding kerana tidak bersetuju dengan cadangan plainitif
untuk mengemukakan saksi- saksi yang dikatakan tidak relevan dengan perbicaraan
berkenaan.
7)Bahasa Sukan :Menyampaikan maklumat kegiatan sukan.
Bahasanya ringkas ,sahaja dan jelas .Perkataan yang disampai mudah difahami
.Contoh ayat:Perak menjuarai kejohanan bola sepak Piala Malaysia 1998 selepas
menewaskan Terengganu dengan jaringan tipis 1-0 di Stadium Nasional malam tadi.
8)Bahasa Sastera : cetusan imaginasi dan pengalaman
penulisan .Istilah-istilah khusus berkait dengan sastera .Contoh ayat :Air mata
kasih mula merembes keluar daripada kelopak mata isteriku.
9)ekonomi
10)Bahasa Akademik
11)Bahasa Agama : membincangkan tentang isu agama ,banyak
mengambil perkataan dari bahasa arab .stilah pinjaman . Contoh ayat : Dari Anas
r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon
atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau
binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala
SEKIAN TERIMA KASIH
Comments
Post a Comment