TERJEMAHAN AL-QURAN
NUR AIN BINTI MOHAMMAD A166596
Terjemahan Al-Quran bermula ketika agama Islam mula tersebar ke seluruh
pelusuk dunia. Ini berlaku ekoran daripada kepelbagaian bangsa di kalangan umat Islam
di dunia ini. Apabila Islam tersebar dengan meluas, maka keperluan menterjemahkan AlQuran
ke dalam bahasa-bahasa lain menjadi satu kepentingan. Ulama‟ulama berusaha
memikul tanggungjawab ini bagi menyebarkan ajaran Islam. Tambahan pula, Al-Quran
merupakan panduan umat Islam yang wajib diikuti oleh penganutnya. Jadi, kefahaman
yang betul tentang isi kandungan Al-Quran perlu diutamakan.
Sehubungan dengan itu, penterjemahan Al-Quran dijalankan bagi memenuhi
tuntutan tersebut. Proses penterjemahan Al-Quran bukan sesuatu perkara yang mudah
dilakukan. Proses ini memerlukan usaha yang gigih daripada para ulama‟ dan memakan
masa yang agak lama. Ini kerana Al-Quran diturunkan dengan bahasa yang cukup indah
dan unik dan tiada sesiapa yang dapat menandingi bahasa Al-Quran.
Ada beberapa kaedah atau metodologi yang digunakan oleh ulama‟-ulama‟ dalam kerja
penterjemahan Al-Quran. Antaranya ialah seperti berikut:
(1) Terjemahan secara harfiah
Terjemahan ini bermaksud menterjemahkan sesuatu teks itu mengikut satu
perkataan demi satu perkataan. Ini bermakna setiap perkataan yang ada dalam
teks itu diterjemahkan satu demi satu untuk menjaga struktur ayat dalam teks asal sama ada dari segi nahunya, rentaknya atau maknanya. Perkara ini
dijelaskan secara terperinci oleh Ainon Muhammad (1979). Ainon
Muhammad (1979) menjelaskan bahawa terjemahan harfiah berlaku apabila
kita menterjemah kata kerja dengan kata kerja, kata nama dengan kata nama
dan kata sendi dengan kata sendi. Beliau juga mengatakan bahawa terjemahan
cara ini perlu dikekalkan juga tanda baca yang ada dalam teks asal seperti
koma, noktah dan lain-lain.
Di Malaysia, terdapat juga terjemahan Al-Quran yang menggunakan kaedah
ini iaitu Terjemahan Al-Quran Per Kata. Biasanya, terjemahan ini digunakan
untuk memudahkan orang ramai mempelajari bahasa Arab daripada Al-Quran.
(2) Terjemahan secara literal
Menurut Zainal Abidin Bakar (2001), terjemahan ini masih mengamalkan
terjemahan kata demi kata di samping cuba memperbaikinya supaya selari
dengan tatabahasa bahasa sasaran. Penterjemah akan cuba menyesuaikan
terjemahan itu dengan struktur bahasa sasaran yang betul dan diterima oleh
penutur bahasa itu.
Comments
Post a Comment