CABARAN TERJEMAHAN KARYA SASTERA

NUR AIN BINTI MOHAMMAD  A166596






Menurut daripada hasil penulisan Siti Haliza Yusup mengatakan bahawa karya sastera berupaya 'membawa' warna budaya dan citra sesebuah negara yang sangat asing kepada sesuatu bangsa, sekali gus menjadikannya sangat dekat dengan diri rakyat berkenaan.
Berbeza dengan penterjemahan naskhah ilmiah, terjemahan karya sastera membawa cabarannya tersendiri khususnya dalam konteks ekspresi dalam bahasa tertentu seperti dibangkitkan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Zurinah Hassan.
Zurinah yang karyanya diterjemahkan ke beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Russia dan Jepun berkata, penterjemahan karya sastera lebih sukar kerana ia mungkin tidak diketahui dan dikenali dalam konteks bangsa lain.
"Misalnya ekspresi 'cantik muka engkau' yang bermaksud melampau, tidak akan membawa makna seperti diingini pengarang sekiranya diterjemah secara terus ke dalam bahasa lain.
"Malahan sesetengah perkakasan yang terkenal di alam Melayu juga tidak mempunyai terjemahannya dalam bahasa lain seperti tampi, sekali gus memberi cabaran yang tersendiri kepada penterjemah," katanya pada Acara Sepetang Sastera: Pelancaran Buku Noivelles de Malaisie di Alliance Francaise de Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN