Posts

TERJEMAHAN AL-QURAN

NUR AIN BINTI MOHAMMAD  A166596 Terjemahan Al-Quran bermula ketika agama Islam mula tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Ini berlaku ekoran daripada kepelbagaian bangsa di kalangan umat Islam di dunia ini. Apabila Islam tersebar dengan meluas, maka keperluan menterjemahkan AlQuran ke dalam bahasa-bahasa lain menjadi satu kepentingan. Ulama‟ulama berusaha memikul tanggungjawab ini bagi menyebarkan ajaran Islam. Tambahan pula, Al-Quran merupakan panduan umat Islam yang wajib diikuti oleh penganutnya. Jadi, kefahaman yang betul tentang isi kandungan Al-Quran perlu diutamakan. Sehubungan dengan itu, penterjemahan Al-Quran dijalankan bagi memenuhi tuntutan tersebut. Proses penterjemahan Al-Quran bukan sesuatu perkara yang mudah dilakukan. Proses ini memerlukan usaha yang gigih daripada para ulama‟ dan memakan masa yang agak lama. Ini kerana Al-Quran diturunkan dengan bahasa yang cukup indah dan unik dan tiada sesiapa yang dapat menandingi bahasa Al-Quran.  Ada beberapa kaedah...

TEKNIK MENTERJEMAH PERIBAHASA

ASMAHANI BINTI ISHAK | A164329 Assalamualaikum.. Pada perkongsian kali ini, saya akan kongsikan bagaimana cara kita nak terjemahkan peribahasa. Terdapat 4 teknik yang boleh digunakan dalam menterjemahkan peribahasa. 1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya:- قبل الرمي يراش السهم membawa makna sediakan payung sebelum hujan. 2. Menggunakan teknik pinjam terjemah. Contohnya :- ماء الوجه diterjemahkan kepada air muka شهر العسل diterjemahkan kepada bulan madu 3. Memperjelaskan makna. Contohnya:- Sweetheart diperjelaskan mejadu kekasih iaitu menjadi حبيب/حبيبة 4. Proses gantian peribahasa yakni ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif. Contohnya:- حيض diterjemahkan kepada haid

PENTERJEMAH BAHASA ISYARAT

NUR AIN BINTI MOHAMMAD A166596 Penterjemah bahasa isyarat atau JBI (Juru Bahasa Isyarat) adalah orang yang bertugas menterjemahkan ke/dari bahasa lisan ke/dari bahasa isyarat dalam rangka memenuhi hak orang kurang upaya dengan bahasa isyarat.Tugas penterjemah bahasa isyarat inilah sangat diperlukan oleh masyarakat yang kurang upaya. Hak Orang Kurang Upaya (OKU) juga  harus dipenuhi lebih bergantung pada penterjemah bahasa isyarat,walaupun mereka boleh  melakukan sendiri tanpa bantuan penterjemah bahasa isyarat. Adapun untuk ingin menjadi penterjemah bahasa isyarat harus mendapat bimbingan dari masyarakat yang belajar tentang Bahasa Isyarat  serta guru yang memang berasal daripada golongan orang kurang upaya. 

BEZA PENTERJEMAH DENGAN GOOGLE TRANSLATE

NUR AIN BINTI MOHAMMAD   A166596 Berdasarkan daripada Utusan Online pada 2015, Pada awal tahun 2000-an, untuk menterjemah bahasa asing terutama bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, kenalah selak kamus yang tebalnya 3 cm hingga 10 cm. Sejak adanya aplikasi Google Translate kerja terjemahan itu menjadi semakin mudah dan pantas dalam masa nyata. Apatah lagi kalau ada telefon pintar (smartphone) – sebab tugasnya mudah dan percuma pula. Seiring dengan perkembangan pantas maklumat yang terhidang pada sebuah halaman web di dalam Internet, mesin penterjemah Google Translate menjadi tapak penyelesaian kerana ia mampu menterjemahkan ke dalam lebih daripada 50 bahasa di dunia. Mesin penterjemah pada Google ini mampu menterjemahkan teks atau halaman web daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu dan sebaliknya. Namun hasil terjemahan daripada mesin penterjemah seumpama ini masih memiliki banyak kekurangan dan tidak menghasilkan terjemahan yang tepat. Artikel Penuh:  htt...

CABARAN TERJEMAHAN KARYA SASTERA

Image
NUR AIN BINTI MOHAMMAD  A166596 Menurut daripada hasil penulisan Siti Haliza Yusup mengatakan bahawa karya sastera berupaya 'membawa' warna budaya dan citra sesebuah negara yang sangat asing kepada sesuatu bangsa, sekali gus menjadikannya sangat dekat dengan diri rakyat berkenaan. Berbeza dengan penterjemahan naskhah ilmiah, terjemahan karya sastera membawa cabarannya tersendiri khususnya dalam konteks ekspresi dalam bahasa tertentu seperti dibangkitkan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Zurinah Hassan. Zurinah yang karyanya diterjemahkan ke beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Russia dan Jepun berkata, penterjemahan karya sastera lebih sukar kerana ia mungkin tidak diketahui dan dikenali dalam konteks bangsa lain. "Misalnya ekspresi 'cantik muka engkau' yang bermaksud melampau, tidak akan membawa makna seperti diingini pengarang sekiranya diterjemah secara terus ke dalam bahasa lain. "Malahan sesetengah perkakasan yan...

GAJI PENTERJEMAH

NUR AIN BINTI MOHAMMAD  A166596 Menurut daripada Anuar Manshor blogspot di   Malaysia, bayaran untuk penterjemah memang sangat tinggi, tetapi kita masih kurang penterjemah yang baik. Ada yang berkualiti, bayaran pula terlalu tinggi. Bagi penterjemah amatur, bolehlah berbincang untuk menerima bayaran sedikit ala kadar. Dengan sistem royalti pun mereka sanggup. Di dunia ini, terlalu banyak pusat penterjemahan ilmu. Boleh rujuk di  Kwintessential  untuk senarai pusat penterjemahan di serata dunia. Di Malaysia, selain ITNM, ada Persatuan Penterjemah Malaysia dan Pusat Bahasa dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia.

TERJEMAHAN UNSUR BUDAYA

NUR AIN BINTI MOHAMMAD  A166596 Terjemahan kata yang mempunyai unsur budaya perlu diberi perhatian khusus. Penterjemah tidak seharusnya menterjemahkan kata berunsur budaya sewenang-wenangnya.. Prosedur dan kaedah yang tepat dan bersesuaian supaya teks yang dihasilkan berkualiti dan difahami sepenuhnya. Dalam menterjemah budaya, penterjemah mempunyai dua tangunggjawab iaitu tangunggjawab kepada penulis teks sumber iaitu menterjemah budaya dengan sedekat mungkin makna asalnya dan juga tanggungjawab terhadap pembaca teks sasaran yakni memberi hasil terjemahan yang sefungsi aspek budaya dalam bahasa sasaran.