MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS

UMI KALSUM BINTI SALLEH (A166671)

Assalamualaikum.

Melalui kuliah pada kali ini, dapatlah saya kongsikan serba sedikit maklumat tentang penterjemahan kata nama khas.
Kata nama khas merujuk kepada sesuatu yang khusus samada hidup mahupun tidak hidup. Ia mempunyai maknanya yang tersendiri, tersirat dan merujuk kepada fungsi dan makna tertentu. Seorang penterjemah perlu mendalami budayanya sebelum menterjemah supaya tidak rosak maknanya.

Terdapat tiga cara untuk menterjemah kata nama khas iaitu:-
1. Mengekalkan kata nama asal (tidak diterjemahkan)
2. Menggantikan kata nama asal dengan kata lain (teknik pinjaman terjemahan)
3. Menggugurkan terus kata nama itu. (terjemahan keseluruhan)

Seorang penterjemah perlu bijak memilih perkataan mana yang sesuai untuk diterjemah secara literal ataupun tidak. Contohnya, nama orang seperti Muhammad dan Fatimah tidak diterjemahkan.

Contoh lain adalah nama negara/tempat, institusi, jawatan/gelaran, nama judul dan lain-lain. Sesebuah perkataan itu akan diterjemah sekiranya wujud perkataan itu dalam bahasa sasarannya. Seperti al-Jaza'ir (Bahasa Arab) diterjemahkan kepada Algeria (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu).

Selain itu adalah teknik pinjam terjemah atau pinjam campuran. Contohnya, Guantanamo Bay diterjemah menjadi Teluk Guantanamo.

Kesimpulannya, seorang penterjemah perlu mendalami budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran dalam menterjemah untuk memastikan terjemahan tepat dan difahami.



Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN