KENAPA PERLU MENGUASAI TEORI DAN KAEDAH TERJEMAHAN


NUR AIN BINTI MOHAMMAD (A166596)

Assalamualaikum.
Pada pendapat saya, seseorang penterjemah itu perlu menguasai  “Teori Terjemahan dan Kaedah Terjemahan” adalah kerana  perkara tersebut mempunyai teori dan kaedah ilmiahnya sendiri dan bukan pindaan perkataan sahaja tetapi memindahkan maklumat, idea dan gaya. Selain itu, perlu bantuan ilmu pengetahuan secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.
Kedua perkara tersebut sangat penting untuk menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan serta penting untuk menterjemah teks khusus dan teks sastera. Selain itu, untuk menghasilkan terjemahan yang baik. Antaranya adalah supaya penterjemah dapat memahami isi dan hasrat penulis teks asal iaitu dengan tidak mengubah sedikitpun maksud pengarang teks asal. Secara dasarnya, para penterjemah mengalami kesukaran untuk mengelakkan diri daripada mengubah maksud pengarang secara 100% kerana terdapat perbezaan dari segi faktor budaya dan bahasa. Namun, ini tidak bermaksud bahawa penterjemah dibenarkan untuk mengubah maksud pengarang teks asal dengan sengaja.
Kaedah terjemahan juga penting dikuasai oleh penterjemah untuk mengetahui strategi sesuatu susunan dan pendekatan serta gabungan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mencapai kesan optimum.
   Akhir sekali, teori terjemahan dan kaedah terjemahan merupakan suatu yang sangat penting untuk dikuasi oleh seseorang penterjemah supaya dapat menterjemah Makna Bahasa dan bukannya menterjemah bentuk bahasa. Dalam proses terjemahan, penterjemah perlu memberi fokus terhadap makna. Ini adalah supaya perterjemah tidak mengekalkan bentuk bahasa teks asal sehingga menghasilkan terjemahan yang berbelit-belit dan sukar difahami oleh orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN