Asalamualaikum WBT
Tujuan kami membina blog ini untuk memberi input tentang terjemahan kepada pembaca yang datang ke blog kami .
Moga dengan sedikit ilmu yang kami ada ini ,dapat lah korang tahu ye
UMI KALSUM BINTI SALLEH A166671 Assalamualaikum. Perkongsian kali ini adalah mengenai transliterasi. Seperti yang kita jelas ketahui, terjemahan itu adalah maksud sesebuah perkataan, ayat, atau frasa dalam bahasa lain. Transliterasi pula tidak menterjemah sesuatu perkataan itu, tetapi ia membantu memudahkan kita menyebut sesebuah perkataan itu dengan betul. Transliterasi menukar satu perkataan atau bahasa kepada perkataan lain yang mempunyai bunyi yang hampir dengannya. Contoh 1: شيخ : shaykh -apabila disebut dalam Bahasa Melayu, ditukarkan setiap huruf Arab mengikut huruf yang bunyi serupa dalam Bahasa Melayu. Contoh 2: علماء: ulama -perkataan ulama sudah dimasukkan dalam Bahasa Melayu, yang mana merujuk kepada alim ulama. Ejaan rasminya adalah ulama tetapi sebutannya mengikut makhraj Arab iaitu ulama'. Jadi, t...
NUR AIN BINTI MOHAMMAD A166596 Menurut daripada Anuar Manshor blogspot di Malaysia, bayaran untuk penterjemah memang sangat tinggi, tetapi kita masih kurang penterjemah yang baik. Ada yang berkualiti, bayaran pula terlalu tinggi. Bagi penterjemah amatur, bolehlah berbincang untuk menerima bayaran sedikit ala kadar. Dengan sistem royalti pun mereka sanggup. Di dunia ini, terlalu banyak pusat penterjemahan ilmu. Boleh rujuk di Kwintessential untuk senarai pusat penterjemahan di serata dunia. Di Malaysia, selain ITNM, ada Persatuan Penterjemah Malaysia dan Pusat Bahasa dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia.
Asmahani binti Ishak | A164329 Menurut sarjana Peter Newmark, terjemahan boleh dilakukan dengan dua kaedah iaitu terjemahan komunikatif dan terjemahan semantik. Bagi terjemahan komunikatif , penterjemah perlulah menghasilkan teks yang memberi kesan yang sehampir mungkin seperti kesan pembacaan yang dialami oleh pembaca teks asal. Sebagai contoh jika teks itu lucu, pembaca boleh memberi kesan dengan ketawa daripada teks asal tersebut. Selain itu, penterjemah perlulah menggunakan bahasanya sendiri dalam bentuk yang lebih baik daripada teks asal. Manakala terjemahan semantik pula, penterjemah perlu menghuraikan makna konteks yang terdapat dalam teks asal setepat-tepatnya yakni setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran. Terjemahan ini terpisah daripada masa dan ruang setempat. Sebagai contoh:- Kereta api → Kereta sombong ( digunakan pada zaman dahulu ) Kesimpulannya, kaedah terjemahan ini masing-masing mempunyai banyak perbezaan dan bergantun...
Comments
Post a Comment