MENTERJEMAH KATA GANTI NAMA

UMI KALSUM BINTI SALLEH (A166671)

Assalamualaikum.

Pada kuliah ini dikongsikan cara menterjemah kata ganti nama. Kata ganti nama pada dasarnya adalah kata ganti nama bagi diri seperti saya, dia, kamu, beta dan sebagainya. Ianya terbahagi kepada tiga iaitu:-

1. Pertama (aku, saya, kami, kita, patik, beta, dll.)
2. Kedua (kamu, engkau, tuan hamba, dll.)
3. Ketiga (dia, mereka, baginda, dll.)

Dalam menterjemahkan teks Arab kepada Melayu contohnya, perterjemah perlu bijak memilih makna yang sesuai. Ia dapat ditentukan melalui banyak perkara dan salah satunya adalah status sosialnya. Contohnya bagi seorang raja tidak sesuai diterjemah aku bagi dirinya, tetapi perlu digunakan beta.

Jika terjemahan Melayu kepada Arab perlu dipastikan mudhakkar (lelaki) dan mu'annath (perempuan)nya, serta jumlahnya. Namun tidak sebaliknya kerana dalam Bahasa Melayu tidak diaplikasikan penggunaan untuk lelaki dan perempuan secara khusus.

Kesimpulannya, penterjemah perlu memahami kedua-dua bahasa sumber dan bahasa sasaran supaya dapat membezakan kata ganti nama yang betul untuk digunakan.

Comments

Popular posts from this blog

TRANSLITERASI

GAJI PENTERJEMAH

MAKNA RUJUKAN