JANGAN TAKUT UNTUK JADI PENTERJEMAH
Nur Ain Binti Mohammad A166596 Assalamualaikum, suka saya untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang saya baca dalam beberapa artikel iaitu untuk menjadi seorang penterjemah. Apa yang dapat saya lihat ialah, untuk menjadi seorang penterjemah hendaklah seseorang itu memiliki latar belakang dan bahasa yang baik serta mempunyai bakat yang sesuai untuk menjadi penterjemah. Seterusnya, penterjemah hendaklah mempunyai pengalaman yang banyak sebelum menjadi penterjemah sebagai contoh pengalaman dalam mengajar bahasa asing dan lain-lain lagi. Oleh itu, janganlah kita takut untuk menjadi seorang penterjemah kerana ia memberikan manfaat yang banyak kepada kita.