Posts

Kata Nama Khas

Muhammad Iman Bin Mohd Zaini (A166588) Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah  melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat. Contoh terjemah Kata Nama Khas : Dalam Bahasa Melayu perkataan Masjid Tanah apabila diterjemah ke Bahasa Arab akan menjadi مسجد تانه bukannya مسجد الأرض dan akan jadi Masjid Tanah jika diterjemah ke Bahasa Inggeris

Terjemah Lampu Isyarat

Image
Muhammad Iman Bin Mohd Zaini (A166588) بسم الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Hari ni saya akan kongsikan istilah tentang terjemahan lampu isyarat dari Bahasa Melayu ke Bahasa Arab  Selama ni kita tahu warna dan fungi lampu isyarat dalam Bahasa Melayu kan ,Jom saya share versi bahasa arab pula ye .Sudah kita maklum setiap lamu isyarat mempunyai warna dan fungsinya yang tersendiri,jom kita tengok dibawah ni  merah : berhenti kuning ; bersedia  hijau : jalan  أحمر: قف أصفر: أستعد أخضر: سير

TERJEMAHAN ARAB-MELAYU

Image
ASMAHANI BINTI ISHAK | A164329                                                                                        Maksud ayat daripada gambar di atas ialah : Bila kamu berjumpa dengan seseorang lalu dia menceritakan kepadamu rasa kecewanya terhadap segelintir orang. Sebenarnya ada satu mesej yang ingin dia sampaikan kepadamu iaitu :  “saya harap janganlah sesekali kamu jadi macam mereka!”

TERJEMAHAN PERIBAHASA

ASMAHANI BINTI ISHAK | A164329            إذا لم تستحي فاصنع ماشئت Maksudnya : Jika kau tidak malu, maka berbuatlah sekehendakimu ( apa yang kau kehendaki )                      إذا تم العقل قل الكلام  Maksudnya : Apabila akal seseorang itu telah sempurna, maka sedikitlah bicaranya.        من طلب أخا بلا عيب بقي بلا أخ Maksudnya : Barangsiapa yang mencari teman yang tiada cacat cela, maka ia akan tetap tidak mempunyai teman.                 لا خير في لذة تعقب ندما Maksudnya :  Tidak ada baiknya sesuatu keenakan yang diiringi oleh penyesalan.                 العمل يجعل الصعب سهلا Maksudnya : Bekerja itu membuat yang sukar menjadi mudah

TERJEMAHAN POTONGAN SYAIR

ASMAHANI BINTI ISHAK | A164329    إِذَا كُنْتُ أَعْلَمُ عِلْمًا يَقِينًا** بِأَنَّ جَمِيعَ حَيَاتِي كَسَاعَــــــــة فَلِمَ لَا أَكُونُ ضَنِينًا بِهَــــــــا** وَأَجْعَلُهَا فِي صَلَاحٍ وَطَاعَة Kalaulah dahulu aku tahu dengan yakinnya bahawa sesungguhnya seluruh hidupku ini hanyalah sedetik** Mengapalah aku tidak terlalu bakhil saja dengannya dan hanya menggunakannya untuk kebaikan dan ketaatan saja**

TERJEMAHAN AL-QURAN

NUR AIN BINTI MOHAMMAD  A166596 Terjemahan Al-Quran bermula ketika agama Islam mula tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Ini berlaku ekoran daripada kepelbagaian bangsa di kalangan umat Islam di dunia ini. Apabila Islam tersebar dengan meluas, maka keperluan menterjemahkan AlQuran ke dalam bahasa-bahasa lain menjadi satu kepentingan. Ulama‟ulama berusaha memikul tanggungjawab ini bagi menyebarkan ajaran Islam. Tambahan pula, Al-Quran merupakan panduan umat Islam yang wajib diikuti oleh penganutnya. Jadi, kefahaman yang betul tentang isi kandungan Al-Quran perlu diutamakan. Sehubungan dengan itu, penterjemahan Al-Quran dijalankan bagi memenuhi tuntutan tersebut. Proses penterjemahan Al-Quran bukan sesuatu perkara yang mudah dilakukan. Proses ini memerlukan usaha yang gigih daripada para ulama‟ dan memakan masa yang agak lama. Ini kerana Al-Quran diturunkan dengan bahasa yang cukup indah dan unik dan tiada sesiapa yang dapat menandingi bahasa Al-Quran.  Ada beberapa kaedah...

TEKNIK MENTERJEMAH PERIBAHASA

ASMAHANI BINTI ISHAK | A164329 Assalamualaikum.. Pada perkongsian kali ini, saya akan kongsikan bagaimana cara kita nak terjemahkan peribahasa. Terdapat 4 teknik yang boleh digunakan dalam menterjemahkan peribahasa. 1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran. Contohnya:- قبل الرمي يراش السهم membawa makna sediakan payung sebelum hujan. 2. Menggunakan teknik pinjam terjemah. Contohnya :- ماء الوجه diterjemahkan kepada air muka شهر العسل diterjemahkan kepada bulan madu 3. Memperjelaskan makna. Contohnya:- Sweetheart diperjelaskan mejadu kekasih iaitu menjadi حبيب/حبيبة 4. Proses gantian peribahasa yakni ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif. Contohnya:- حيض diterjemahkan kepada haid